hye.. aku baru selamat sampai ke rumah di selayang
setelah 4 hari berehat di kampung halaman.. =)
dan aku disambut dengan satu panggilan dari ayahanda ku tersayang..
mulanya ingin bertanya samada anakanda nya selamat tiba atau tidak..
namun diselitkan juga oleh abahku gosip panas! hehe
berita yang disampaikan amat mengejutkan aku!
dalam keadaan terkejut itu, dalam hatiku mengatakan alhamdulillah..
katanya salah seorang rakan rumah sewaku telah
disaman oleh bekas tunangnya..
hmm jumlahnya bukan sikit.. rm1.1 juta!..
perasaan simpati mula menyelinap dilubuk hati kecilku..
tapi... sedetik itu jugalah telah mengingatkan aku tentang apa yang telah dilakukan oleh hamba itu terhadap aku..
jika dia telah memalukan diri aku dikalangan rakan2 dengan segala tohmahan yang tak benar, kini dirinya sedang dimalukan oleh
dirinya sendiri diseluruh negara..
aku tak minta untuk dibalas malah sikit aku tak kisah
dengan pandangan serong rakan sekeliling..
sebab mereka hanya mendengar dari mulut yang mencipta cereka..
bukan sedikit cerita buruk yang aku dengar..banyak..
rakan mana yang rapat dan mengenali aku sahaja yang ketawa
mendengar cereka rekaan beliau.. huhu
dan sekarang terimalah kembali aib yang kau ciptakan untuk diriku
telah kembali kepada kamu..
malah berganda-ganda aib yang telah kamu terima..
aku doa, semoga kamu mampu menjalani ujian ini..
dan semoga kamu kembali mengingati setiap apa yang dilakukan oleh kamu pasti akan mendapat balasan yang setimpal bahkan adakalanya lebih dari itu..
semoga apa yang berlaku ini, dapat aku jadikan pedoman dan tauladan dalam kehidupan seharian ku..




